Tampilkan postingan dengan label Akhlak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Akhlak. Tampilkan semua postingan

Kamis, 10 Maret 2016

Contoh Ahlak Dalam Dakwah Rasulullah SAW

Bersifat Lembut dan Sabar 

Di antara sifat-sifat yang paling kentara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan da’wah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan da’wah.

Baca juga: Kewajiban Berdakwah Bagi Umat Muslim

Ciri Manusia Dengan Ahlak Terpuji Dalam Dakwah dsertai dalil dalam al Quran dan Hadist




Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan da’wah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabi’atnya. Da’i akan menyampaikan da’wahnya kepada orang-orang jahil dan orang-orang ‘alim, orang yang berfikiran terbuka dan yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan yang keras kepala, orang yang tenang dan yang mudah tersinggung.

Oleh yang demikian ia wajib menyampaikan da’wah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-quran dan hadith Nabi menganjur dan mengarahkan agar seorang da’i itu berakhlak dengan sifat-sifat sabar, lemah lembut dan berhati-hati.

Di antara arahan-arahan al-qur’an ialah: Firman-firman Allah: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan”. (QS Al-Syura, 42: 43) 

“Maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (QS. Al-Hijr, 15: 85)

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (QS. Az-Zumar, 39: 10) 

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”. (QS. An-Nur, 24 : 22)

“Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan”. (Qs. Al-Furqan 25 :63) Arahan-arahan dari hadith-hadith Nabi.

Rasulullha SAW bersabda tentang Sabar dan Lemah Lembut :“Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai derajat orang-orang yg berpuasa serta shalat malam dg sifat lemah lembutnya”.2 (HR. Tirmizi dari ‘Aisyah & Abdul Qadir al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih)

“Maukah aku beritahukan kepadamu suatu perkara yg dengannya Allah akan memuliakan kedudukanmu & mengangkatnya kepada beberapa derajat yg tinggi?. Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda: Berlemah-lembut lah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yg menzhalimi kamu, luaskanlah pemberian kepada orang yg menahan pemberiannya kepadamu & sambung lah hubungan silaturahim terhadap orang yg memutuskannya terhadap kamu”.2 (HR. At-Thabrani & Al-Bazzar)

“Apabila Allah SWT menghimpunkan makhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru pd hari itu menyeru: “Di manakah orang-orang yg mempunyai keistimewaan”. Beliau bersabda: “Lalu bangun segolongan manusia & bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dg cepat memasuki surga lalu disambut oleh para malaikat.” Kemudian mereka ditanya: “Apakah keistimewaan kamu?” Mereka menjawab: “Apabila kami dizhalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut”. Lalu dikatakan kepada mereka: “Masuklah kamu ke dalam Surga karena ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yg beramal”.2 (Al-Baihaqi dalam “Syuab al-Iman” & beliau berkata: “Terdapat kelemahan dalam sanadnya)
Baca juga:

Lemah lembut dalam berdakwah karena agama itu nasehat


Contoh contoh akhlak terpuji dari Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam

Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagian rampasan perang) berkata: “Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat keredhaan Allah”. Setelah diceritakan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam baginda bersabda: “Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar”.

Anas Radiyallahu anh telah berkata: “Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan bekas di leher baginda. Badwi tersebut berkata : “Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: “Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya.

Selalu berbuat baik walau dimusuhi

Abu Hurairah radiallahu anhu menceritakan: “Bahwa seorang lelaki berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat terhadap saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras terhadap saya.” Lalu baginda bersabda : “Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian”

Pada suatu ketika datang seorang yahudi menuntut hutang dengan Rasulullah dengan berkata: “Kamu dari Bani Abd.Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang”. Ketika itu Umar Ibn Al-Khattab ada bersama dan ia hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah berkata kepadanya: “Wahai Umar, sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik”.

Sabar walau dicaci dan di cela

Diriwyatkan bahawa Nabi Isa Alaihissalam bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berda’wah. Lalu di dalam da’wahnya itu ia bercakap kepada manusia dengan cara yangbaik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia itu merasa heran terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: “Setiap orang itu mengeluarkan(membelanjakan) apa yang ada padanya”. Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas para penda’wah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila ucapan ucapan yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat-handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat-sifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta perbezaan. Cukuplah oleh seorang penda’wah itu mendapat apa yang diridhai oleh Allah.

Bersifat Benar dan Jujur. 

Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermaksud, antara lain): “Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”. (Muttafaqun ‘alaihi)

Bersifat rendah diri 

Seseorang mislim mestilah bersifat tawadhu’ atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu’alaihiwasallam sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda (antara lain, bermaksud): “Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur.” (HR Muslim) 

Di dalam hadith qudsi Allah berfirman : “Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya”. (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

Menjauhi prasangka buruk dan mengumpat 

Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang”. (QS. Al-Hujurat, 49 : 12) 

Allah berfirman lagi: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (QS Al-Ahzab, 33 : 58)

Dan Rasulullah bersabda (antara lain, bermaksud): “Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya.” (Hadith riwayat Abu Daud.
Baca juga:

celakalah bagi orang yang suka mencela alias menghina


Bersifat pemurah 

Seorang muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Qur’an Al-Karim sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah. Diantaranya: “Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.” (QS.Al-Anfal, 8: 3) 

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai”. (QS Al-Baqarah, 2 : Ayat 272) 

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (antara lain, bermaksud): “Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua malaikat lalu seorang darinya berdo’a : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala malaikat yang ke dua berdo’a : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini”

Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik) 

Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw. Firman Allah swt yang bermaksud: " Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( QS al Ahzab : Ayat 21 )

Ciri Manusia Dengan Ahlak Terpuji Dalam Dakwah

Tepatlah apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin, “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia”. Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya, sebagaimana pohon, apabila baik akarnya maka baiklah pohon nya.
Ciri Manusia Dengan Ahlak Terpuji Dalam Dakwah dsertai dalil dalam al Quran dan Hadist




Apabila rusak akar, maka akan rusaklah batang pohon dan cabangnya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman: “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.” (QS Al- A’raf: 58)

Akhlaq yang mulia adalah inti dakwah dalam ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadisnya (yang bermaksud, antara lain: “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”. Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Qur’an dalam firman Allah: “Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” (QS. Al-Qalam: 4)
Baca juga:

Senyum Rasulullah SAW Dalam Dakwah


Juga dalam firman Allah subhanahu wa ta'ala: Orang –orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan. (QS Al Hajj, 22 : 41)

Firman Allah subhanahu wa ta'ala: "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak–anak yatim, orang-orang miskin, (yang memerlukan pertolongngan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa". (QS Al-Baqarah, 2: 177)

Akhlaq yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang benar. 

Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak. Sebuah athar menyatakan (antara lain, bermaksud): “Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam didalam hati dan dibuktikan dengan amalan” Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah ditanya: Apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlaq (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda menjawab: Akhlaq yang buruk (Su’ul khalq).

Diriwayatkan dari Annawas bin Sam’an ra. berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah saw. Tentang bakti dan dosa, maka jawab Nabi saw. “Bakti itu baik budi pekerti, dan dosa itu ialah semua yang meragukan dalam hati dan tidak suka diketahui orang.” (HR. Muslim)

Abu Darda berkata, “Bersabda Nabi saw, “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” (HR. At Tirmidzi)

Aisyah ra. Berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam.” (HR. Abu Daud)

Jabir ra. berkata, “Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya.” (HR. At Tirmidzi).


Setiap muslim memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk, masalahnya adalah sejauh mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan Islam bagi melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justru menjadi puncak lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman.
Baca juga:

Taqwa Sebagai Salah Satu Kunci Surga


Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik.

Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman. Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS. Ar-Ra’d: 11)

Di antara ciri-ciri akhlaq yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlaq-akhlaq berikut:

Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat 

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat).

Dari Abu Abdillah an-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ’alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Dan di antara keduanya ada perkara yang tidak jelas, yang tidak diketahui kebanyakan orang. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang syubhat (meragukan), maka selamatlah agama dan harga dirinya, tetapi siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia terjatuh kepada keharaman. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi pekarangan, dikhawatirkan ternaknya akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah, setiap raja itu memiliki larangan, dan larangan Allah adalah sesuatu yang diharamkannya. Ketahuilah, bahwa dalam setiap tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika segumpal daging itu baik maka baik pula seluruh badannya, namun jika segumpal daging tersebut rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, gumpalan darah itu adalah hati“. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Adapun setinggi-tinggi pencapaian derajat wara’ adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith baginda (antara lain, bermaksud): “Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) karena sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan”

Memelihara penglihatan adalah salah satu ciri manusia dengan akhlak yang terpuji

Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mu’min supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah Subahanu Wata,ala: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS. An-Nur: 30) 

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula bersabda (antara lain, bermaksud): “Pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis” Baginda juga mengingatkan (antara lain, bermaksud): “Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.” (Hadith Riwayat At Tabrani)

Memelihara Lidah 

Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.”

Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara lain): “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya” (Hadith riwayat Al Tarmizi) 

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga bersabda: “Bukanlah ia seorang mu’min (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadith riwayat At Tarmizi) 

Sabda baginda lagi: “Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Bersifat Pemalu. 

Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan ‘Laailaahaillallah’, sedangkan yang paling rendahnya adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan, dan malu itu salah satu cabang keimanan” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits Ibnu Umar radhiallahu’anhu juga disebutkan,

أن رسولَ اللهِ مر على رجلٍ من الأنصارِ وهو يَعِظُ أخاه في الحياءِ فقال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: دعْه فإن الحياءَ من الإيمانِ

“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam melewati seorang lelaki Anshar yang sedang menasehati saudara agar saudaranya tersebut punya sifat malu. Maka Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘biarkan ia, karena sesungguhnya malu itu bagian dari iman‘” (HR. Al Bukhari 24, Muslim 36)
Bersambung ke:

Contoh Ahlak Dalam Dakwah Rasulullah SAW

Kamis, 18 Februari 2016

Ummu Mahjan-Surga Bagi Pecinta Masjid

Kisah Ummu Mahjan Imbalan Surga Bagi Penjaga dan Pecinta Masjid - Masjid adalah tempat ibadah umat islam yang menjadi sentral dan urat nadi agama islam. Di tempat ini umat islam menyembah dan tunduk dengan ikhlas memuja dan memohon kepada Allah Subhanahu wa ta'ala pencipta kehidupan di alam semesta.

Orang yang mendapat petunjuk adalah yang memakmurkan masjid

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman dalam surah At Taubah yang artinya:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah…. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. At-Taubah: 18)

“Ada 7 golongan orang yang akan dinaungi Allah yang pada hari itu tidak ada naungan kecuali dari Allah; salah satunya ialah seseorang yg hatinya selalu terpaut dengan masjid ketika ia keluar hingga kembali kepadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan dibawah ini ada contoh kisah seorang wanita yang sangat menjaga kebersihan masjid Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam

Kisah Ummu Mahjan Imbalan Surga Bagi Penjaga dan Pecinta Masjid - Masjid adalah tempat ibadah umat islam yang menjadi sentral dan urat nadi agama islam.



Ummu Mahjan selalu membersihkan masjid Rasulullah

Pada zaman Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ada seorang wanita hitam bernama Ummu Mahjan. Dia selalu menyempatkan diri membersihkan masjid Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Suatu hari ketika Rasul sedang ke pemakaman, beliau melihat sebuah kuburan baru.

Rasul bertanya, “Kuburan siapa ini, wahai para sahabat?”

Mereka yang hadir di situ menjawab, “Ini kuburan Ummu Mahjan, ya Rasulullah.”

Rasulullah menangis saat tahu Ummu Mahjan meninggal

Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam langsung menangis begitu mendengar berita tersebut, lalu beliau menyalahkan para sahabatnya, “Mengapa kalian tidak memberitahukan kematiannya kepadaku supaya aku bisa menyalatinya?”.....

Mereka menjawab, “Ya Rasulullah, pada waktu itu matahari sedang terik sekali.” Rasulullah diam saja mendengar jawaban tersebut.

Lalu, beliau berdiri dan shalat untuk mayit yang sudah ditanam beberapa hari itu dari atas kuburnya. “Bila ada di antara kalian yang meninggal dunia, beri tahukan kepadaku, sebab orang yang kushalati di dunia, shalatku itu akan menjadi syafa‘at di akhirat.”

Sesudah berkata demikian, Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kemudian memanggil Ummu Mahjan dari atas kuburnya. “Assalamualaikum ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apa yang paling bernilai dalam daftar amalmu?”

Pekerjaan yang paling berharga bagi ummu mahjan adalah membersikan masjid Rasulullah

Rasulullah SAW diam sejenak. Tak lama kemudian beliau berkata, “Dia menjawab bahwa pekerjaannya membersihkan masjid Rasulullah adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah Ta'ala berkenan mendirikan rumah untuknya di surga dan dia kini sedang duduk-duduk di dalamnya.”

Masjid adalah perekat umat dan tempat menimba ilmu

Secara fisik, masjid adalah bangunan biasa yang terdiri atas lantai, tiang, dan atap. Namun, secara spiritual, masjid adalah poros nadi umat yang sangat fundamental. Selain menjadi perekat umat dimana mereka bisa menebarkan kebajikan, masjid juga merupakan media bagi sang Muslim agar sukses dalam menjalin hubungan vertikal dengan Allah; melalui masjid, sang Muslim bisa melakukan mi'raj menuju Ilahi.

Dari masjid, kaum Muslimin bisa belajar-mengajar, keimanan seseorang tergambar, tingkat keberagamaan masyarakat terpancar, ketenangan dan kedamaian berbinar-binar, dan kebangkitan umat mengakar.

Seorang Muslim pasti akan prihatin dan sedih manakala menjumpai seseorang yang dengan seenaknya mengotori masjid dan membiarkan kotoran (sampah) berserakan. Juga tidak layak dipandang ketika kita membiarkan bau tak sedap bercokol di tempat wudhu, toilet, atau kamar mandi masjid, sehingga aromanya menyebar dan dihirup orang-orang yang shalat, membaca Alquran, iktikaf, atau ibadah lainnya.

Surga bagi pembersih masjid tinjauan hadist

Dengan demikian, kebersihan dan keasrian masjid jelas mendukung kekhusyukan kaum Muslimin dalam beribadah. Maka, sangat pantas kalau Allah dan Rasul-Nya memberikan pahala yang besar bagi mereka yang membersihkan masjid—sebagaimana tersimbul dalam riwayat di atas. Nabi juga bersabda, “Barang siapa yang mengeluarkan kotoran dari masjid maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di surga,” (HR Ibnu Majah).

Zaman memang sudah berubah dan modern, sehingga masjid-masjid membutuhkan kepengurusan. Namun, membersihkan masjid tentu saja bukan monopoli mereka yang tua. Generasi muda yang Islami sangatlah diharapkan ikut memakmurkan syiar-syiar Islam. Bukankah di tangan merekalah kelak kemajuan Islam bertumpu.

Niat mantap dan ikhlas karena Allah untuk memakmurkan masjid

Selama mempunyai niat yang ikhlas dan mantap, banyak jalan kebaikan terbuka menuju rahmat dan karunia Allah. Siapa pun punya peluang yang sama untuk mempersiapkan bangunan di surga, yakni dengan membangun mesjid, membersihkannya, serta memakmurkannya.

Dekat dengan rumah Allah akan memberikan kesejukan iman dan gairah untuk beribadah yang tak pernah mati ..

sebagaimana firman Allah subhana wa Ta'ala dalam surat At Taubah ayat 18

"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."

Rabu, 17 Februari 2016

Adab Bergaul Dan Berbicara Dalam Islam

Adab Bergaul Dan Berbicara Dalam Islam - Dalam hubungan sesama manusia atau Habluminannas, islam memberikan contoh dan petunjuk untuk mendapatkan hubungan terbaik yang saling menghormati dan menyayangi karena Allah. Dan itu semua di contoh kan oleh Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam melalui berbagai hadist sebagai berikut:
Adab Bergaul Dan Berbicara Dalam Islam - Dalam hubungan sesama manusia atau Habluminannas, islam memberikan contoh dan petunjuk untuk mendapatkan hubungan terbaik yang saling menghormati dan menyayangi karena Allah. Dan itu semua di contoh kan oleh Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam melalui berbagai hadist sebagai berikut:



Semua pembicaraan harus kebaikan,

(QS 4/114, dan QS 23/3), dalam hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

Berbicara harus jelas dan benar, 

sebagaimana dalam hadits Aisyah ra: “Bahwasanya perkataan Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

Seimbang dan menjauhi bertele-tele, 

berdasarkan sabda Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai RasuluLLAH kami telah mengetahui artiats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: “Orang2-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

Menghindari banyak berbicara, 

karena kuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il: Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami setiap hari Kamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelar Ibnu Mas’ud)! Seandainya anda mau mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku kuatir membosankan kalian, karena akupun pernah meminta yang demikian pada nabi SAW dan beliau menjawab kuatir membosankan kami (HR Muttafaq ‘alaih)

Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan,

Dari Anas ra bahwa adalah Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam jika berbicara maka beliau mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila beliau  mendatangi rumah seseorang maka beliau pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

Menghindari mengucapkan yang bathil, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diridhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keridhoan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadits hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Menjauhi perdebatan sengit, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadits lain disebutkan sabda Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam:
“Aku jamin rumah didasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah ditengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: “Bukanlah seorang mu’min jika suka mencela, mela’nat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

Menghindari banyak canda, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam:
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk, 

berdasarkan QS 49/11, juga dalam hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: “Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

Menghindari dusta, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam
“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

Menghindari ghibah dan mengadu domba, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq‘alaih)

Berhati-hati dan adil dalam memuji, 

berdasarkan hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dari Abdurrahman bin abi Bakrah dari bapaknya berkata:

Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka kata Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata beliau: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun disisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji. (HR Muslim)

menyempurnakan Akhlaq adalah inti agama islam

Akhlaq adalah buah dari agama itu sendiri, sehingga sangat memprihatinkan apabila masih ada ustadz atau ulama yang mendakwahkan Islam, bahkan menghidupkan sunnah tetapi masih mengabaikan akhlaq al karimah seperti yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Seorang lelaki menemui Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?”. Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam menjawab, “Akhlak yang baik”. Kemudian ia mendatangi Nabi dari sebelah kanannya dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?”. Nabi menjawab, “Akhlak yang baik”. Kemudian ia menghampiri Nabi dari sebelah kiri dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?”. Dia bersabda, “Akhlak yang baik”. Kemudian ia mendatanginya dari sebelah kirinya dan bertanya, “Apakah agama itu?”. Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepadanya dan bersabda, “Belum jugakah engkau mengerti? Agama itu akhlak yang baik”. (al-Targhib wa al-Tarhib 3:405)

Akhlak merupakan salah satu faktor kehidupan yang sangat mendasar dan vital. 

Hal ini dibuktikan dengan diutusnya Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ke muka bumi ini yang tidak lain adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia, sebagimana tertuang dalam salah satu hadits Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang artinya

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (HR. Bukhari, Baihaqi, dan Hakim)

Selain itu, Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

Ikuti dan contoh akhlaq Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam

Semoga kita bisa bersabar untuk mengikuti akhlaq Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam dalam berbicara, agar lebih dicintai oleh Allah dan diampuni kesalahan-ksalahann kita.

“Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah akan mencintamu juga dan akan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (QS Ali Imran [3]:31)

Hanya orang yang sabar mendapat anugrah sifat baik

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar”. (Qs Fushilat [41]: 35).

Wasiat Rasulullah SAW Agar Para Suami Perhatikan Istri

Wasiat Rasulullah SAW Agar Para Suami Perhatikan Istri - Ribuan tahun yang silam di Padang Arafah, di hadapan ribuan umat Islam generasi pertama, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menyampaikan khotbah perpisahan yang antara lain berisi wasiat:

Takutlah kepada Allah akan urusan wanita

اَيُّهَا النَّاسُ فَا تَّقُوااللهَ فِي النِّسَاءِ,فَاِنَّكُم ْاَخَذْتُمُوْهُنَّ بِأَمَانَةِ اللهِ,وَاسْتَحْلَلْكُمْ فُرُوْجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ ,
“Wahai manusia, takutlah kepada Allah akan urusan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai istri dengan amanat Allah .Kami halalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah.

Saling penuhi hak masing masing

اِنَّ لَكُمْ عَلىَ نِسَائِكُمْ حَقًّا, وَلِنِسَائِكُمْ عَلَيْكُم حَقًّا,
Sesungguhnya kamu mempunyai hak atas istrimu, dan istrimu pun mempunyai hak atasmu.

Berbuat baik lah kepada istri

أَلاَوَاسْتَوْصُوْابِالنِّسَاءِ خَيْرًا ,
Ketahuilah, aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik terhadap istri kalian.

Istri adalah penolong suami

فَاِنَّهُنَّ عَوَانٌ عِنْدَكُمْ , لاَ يَمْلِكُنَّ ِلاَنْفُسِهِنَّ شَيْئًا ,
Mereka adalah penolong kalian. Mereka tidak memilih apa-apa untuk dirinya

Jangan mendzalimi istri

وَلَيْسَ تَمْلِكُوْنَ مِنْهُنَّ شَيْئًا غَيْرَ ذَلِك,َ فَاِنْ اَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُوْا عَلَيْهِنَسَبِيْل
dan kamu pun tidak memilih apa-apa dari diri mereka selain itu. Jika mereka patuh kepadamu, janganlah kamu berbuat dhalim terhadap mereka.”
(HR. Muslim dan Turmudzi).
Wasiat Rasulullah SAW Agar Para Suami Perhatikan Istri - Ribuan tahun yang silam di Padang Arafah, di hadapan ribuan umat Islam generasi pertama, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menyampaikan khotbah perpisahan yang antara lain berisi wasiat:



Wanita diciptakan menyerupai sifat tulang rusuk

Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
اِسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِيالضِّلَعِ أَعْلاَهُ،
“Berwasiatlah untuk para wanita karena sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan yang paling bengkok dari bagian tulang rusuk adalah bagian atasnya.

فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُُه كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ
Jika engkau ingin meluruskan tulang rusuk tersebut maka engkau akan mematahkan nya, dan jika engkau membiarkan nya maka ia akan tetap bengkok, maka berwasiatlah untuk para wanita”
(HR Al-Bukhari III/1212 no 3153 dan V/1987 no 4890 dari hadits Abu Hurairah)

Minggu, 14 Februari 2016

6 Sifat Istri yang Buruk Dan Cara Merubahnya

Mendapatkan calon istri yang mempunyai sifat buruk sebisa mungkin harus kita hindari sebelum menentukan pilihan pasangan hidup. Dan jika kita sudah mendapatkan istri yang buruk maka sudah kewajiban suami untuk membimbing dengan baik agar mendapatkan kebahagian baik di kehidupan dunia maupun kehidupan di akhirat.

Mendapatkan calon istri yang mempunyai sifat buruk sebisa mungkin harus kita hindari sebelum menentukan pilihan pasangan hidup. Dan jika kita sudah terlanjur mendapatkan mendapatkan istri yang buruk maka sudah kewajiban suami untuk membimbing dengan baik agar mendapatkan kebahagian baik di kehidupan dunia maupun kehidupan di akhirat.


Pendidikan agama dan mengajak istri untuk mengikuti kajian kajian sunnah itu salah satu hal yang bisa kita lakukan agar istri bisa merubah tabiat buruk nya. karena bisa jadi istri kita belum paham mengenai ilmu agama jadi tidak sadar dan tidak tahu bahwa kebiasaan yang dia lakukan itu buruk.

Melakukan ruqyah mandiri dengan doa doa yang ber sumber dari Al Quran dan Hadist juga insyaAllah bisa merubah kebiasaan buruk dari istri. Ini pernah dicontohkan oleh Rasulullah saat melakukan ruqyah secara syar'iyyah kepada seorang pemuda yang tidak bisa menahan keinginan untuk berzina.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang artinya):
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk". [Al Qashash/28 : 56]

Dan dibawah ini adalah 6 sifat buruk istri

Al -Anaanah atau Banyak keluh kesah. 

Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Tidak redha dengan pembelaan dan aturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

Al-Manaanah atau Suka mengungkit. 

Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

Al-Hunaanah atau suka membanding bandingkan

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain, sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

Al- Hudaaqah atau Suka memaksa. 

Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

Al -Hulaaqah suka lalai dan bersolek

Sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dengan ibadah-ibadah wajib dan sunnah, seperti sholat, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

As-Salaaqah atau suka menggosip

Banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ini bergosip bukan saja berbicara didepan suami, tapi dengan telfon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Dan agar tidak mendapatkan istri yang buruk maka silahkan kunjungi Panduan Memilih Istri Dalam Islam dan Panduan Memilih Suami Dalam Islam. Agar kita semua bisa mendapatkan dan meneruskan membangun rumah dan keluarga di Surga-Nya Allah Ta'ala. Aamiin. 

Artikel Terbaru